Wednesday, March 2, 2011

MONOLOG SEORANG GURU

Sedetik menginjak gerbangmu
bertekad penuh iltizam
menabur benih bakti
bersumpah menerjah payah
mengimpi gelar inovator
menjulang darjat bangsa.

Jauh di dalam diri
terkumpul seutas perit batin
sentiasa mengocak ronta
lantaran prinsip hidup berkiblat tanggungjawab.

Lagu sendu meneman malam
tatkala menjirus air di daun keladi
lagak anak bangsa
gah mengagungi primitif minda.

Bukan jauhari atau paset
kuminta untuk balasan
biar kau ratah dan mamah rakus
setiap abjad dan angka yang kuhulur
menjadi tonikmu untuk menakluki globalisasi dunia.

Monolog seorang guru
jua aspirasi diri
untuk anak-anak bangsanya.





Kemeri Jalani
Bungan, Sibu
16 Mei 1996

No comments:

Post a Comment

Post a Comment